Monday, 6 June 2016

Banana Ramadhan

Tup tup, dah masuk bulan ramadhan. Hai, hati rasa berat je. Bukan tak nak puasa tapi diri ini merasakan banyak sangat dosa kalau nak masuk bulan yang penuh suci INI.

Kalau kita nak masuk rumah orang, mesti pakaian kita bersih, cantik, tak kotor dan lagi-lagilah kalau kita nak pergi rumah mertua Girlfriend kita. Benda ini semua pasti kita jaga punyalah.

Korang tak payah nak kelentong lah. Aku taulah sebab, aku pun ada  naluri macam tu juga.

Walaubagaimanapun, kita bila masuk bulan ramadhan, benda yang paling kita suka ialah masa bazar ramdhan. kannn...

Aku pun suka, tapi dululah, sekarang kurang sikit sebab nak jimat punya pasal. Kadang-kadang kita yang pergi bazar tu hanya nak beli makanan dan minuman saja tapi...hernm sedih...

Seribu kali rugi sebab pahala kita yang kita kumpul dari pagi sahur hangus bagaikan asap ayam bakar masak cili api.

memang berapi, tapi nak buat macam mana dah kalau mata tak jaga, ibu suruh Beli makanan bukannya beli anak dara tuan punya kedai. Ni tak!! Dengan selamba saja dia minta nombor budak Dara itu. Apo nak jadi jangg oi..

Saya hanya nak sampaikan satu mesej penting dalam penulisan kali ini iaitu kalau boleh 'please' jaga mata bila awak semua kat bazar baik perempuan ataupun lelaki.

2. kurangkan berlebih-lebih dalam membeli sebab kalau tak habis kan membazir.

3. tetapkan niat bulan puasa ini, aku nak jage hati n mata aku dari semua maksiat.

semoga bermanfaat ok *_^

kalau ada salah or silap please tegur k.

No comments:

Post a Comment