Sunday 15 January 2017

15/1/2017

Hari ini adalah hari sebelum nak pergi praktikal. Persiapan surat tawaran, registration form dari universiti, dan borang dari company. ha!!! Lupa pula nak bagitau, saya dapat tawaran dari bank rakyat. mula-mula ingat comfirm tak tak dapat dah sebab kita ini bukan hebat sangat. tapi sebab allah izinkan, alhamdulillah.

Jadi untuk sepanjang latihan industri selama 6 bulan, saya akan cuba update apa yang berlaku kepada saya dalam hari-hari saya sebagai pelajar praktikal. insyallah, doa-doakan lah ye semua.


Tuesday 7 June 2016

Tadarrus

Saya tidak mudah untuk marah dan saya ini mudah merajuk. Tapi orang kalau ada mengata dekat adik saya, saya akan start marah. Korang...siapa dekat sini yang tak sayang adik. Sebagai abang dan adik yang satu-satu nya saya Ada.

Orang tidak tahu membaca Quran sepatutnya kita beri dia semangat dan dorongan untuk membaca. Bukannya menghalang orang yang baru nak berjinak dengan quran tapi dihalangnya pula.

Kalau kita tahu akibat yang kita buat itu lebih besar dari kita cakap itu. Mungkin kita akan lebih berjaga-jaga lidah kita dari berbicara.

Kalau pun kita sudah lancar membaca Quran dan bolehlah sikit-sikit lengokkan tarannum. ITU baik dah, tapi kalau dalam hati ada sifat tidak puas hati,dengki dan sebagainya. Pada pendapat saya, baik awak tak payah join tadarrus, kalau awak berterusan dengan sikap awak tu.

Mungkin orang yang masuk tadarrus tidak semua yang lancar baca quran dan Ada juga yang baru belajar nak baca Quran. Alhamdulillah, meraka datang bukan sebab nak dapat rm30 tu, dan bukan juga Kain pelekat. Tapi mereka NAK belajar.

Berilah mereka peluang, jangan kita herdik mereka mahupun kita cemuh mereka dengan kata-kata yang menyakiti mereka.

Pesanan ini adalah untuk semua, baik Pakcik imam, tok bilal, ustaz/ah dan acah-acah ustaz/ah. Anda adalah guru, pahala mengajarkan quran dijanjikan akan kekal hingga ke liang lahad.

Moga-moga ramadhan kali ini adalah yang terrbaik.

INSYALLAH...

Monday 6 June 2016

Banana Ramadhan

Tup tup, dah masuk bulan ramadhan. Hai, hati rasa berat je. Bukan tak nak puasa tapi diri ini merasakan banyak sangat dosa kalau nak masuk bulan yang penuh suci INI.

Kalau kita nak masuk rumah orang, mesti pakaian kita bersih, cantik, tak kotor dan lagi-lagilah kalau kita nak pergi rumah mertua Girlfriend kita. Benda ini semua pasti kita jaga punyalah.

Korang tak payah nak kelentong lah. Aku taulah sebab, aku pun ada  naluri macam tu juga.

Walaubagaimanapun, kita bila masuk bulan ramadhan, benda yang paling kita suka ialah masa bazar ramdhan. kannn...

Aku pun suka, tapi dululah, sekarang kurang sikit sebab nak jimat punya pasal. Kadang-kadang kita yang pergi bazar tu hanya nak beli makanan dan minuman saja tapi...hernm sedih...

Seribu kali rugi sebab pahala kita yang kita kumpul dari pagi sahur hangus bagaikan asap ayam bakar masak cili api.

memang berapi, tapi nak buat macam mana dah kalau mata tak jaga, ibu suruh Beli makanan bukannya beli anak dara tuan punya kedai. Ni tak!! Dengan selamba saja dia minta nombor budak Dara itu. Apo nak jadi jangg oi..

Saya hanya nak sampaikan satu mesej penting dalam penulisan kali ini iaitu kalau boleh 'please' jaga mata bila awak semua kat bazar baik perempuan ataupun lelaki.

2. kurangkan berlebih-lebih dalam membeli sebab kalau tak habis kan membazir.

3. tetapkan niat bulan puasa ini, aku nak jage hati n mata aku dari semua maksiat.

semoga bermanfaat ok *_^

kalau ada salah or silap please tegur k.

Thursday 27 August 2015

Pembuka Bicara


Assalamualaikum

Ini merupakan first time saya menulis blog, maka saya nak minta kalo ade silap atau ada yang tak elok minta ditegur saya ni sebab mulut saya ni macam ular sawe, sekali cakap memang deep lah sampai ke sanubari rasanya.

Wuu...lebih pula